Friday, December 27, 2013

AKTIVITI SITE-SCANNING DI TASKI ILHAM

Tarikh : 20 November 2013

Tempat : Taski Ilham, Kuala Lumpur.

PERSEKITARAN TASKI ILHAM


 



TAKLIMAT RINGKAS OLEH TENAGA PENGAJAR






AKTIVITI PELAJAR PADA WAKTU PETANG




AKTIVITI DI KARNIVAL MAHABAH PUSAT ISLAM

Tarikh : 11 Disember 2013
 
Tempat : Pusat Islam UTM KL

MEMBERSIHKAN PERALATAN MEMASAK

                            

                                       

MENYIAPKAN BAHAN-BAHAN UNTUK MEMASAK












MEMBERSIHKAN AYAM




 AKTIVITI MEMASAK

                           

                            

AKTIVITI DI TASKI ILHAM

Tempat : Taski Ilham, Kuala Lumpur
Tarikh : 4 Disember 2013


AKTIVITI MENUKAR PELAPIK MEJA

Salah seorang pelajar sedang membetulkan pelapik meja

Pelajar bertungkus-lumus melakukan tugasan.

 Pelajar bekerjasama dalam melakukan kerja.
Meja-meja yang sudah siap ditukar dengan pelapik meja yang baru.


AKTIVITI MEMBUAT TAMAN MINI

Pelajar yang bertanggungjawab menyiapkan taman mini.

Pelajar memindahkan tumbuhan ke dalam pasu bunga.

Tumbuhan yang disumbangkan oleh pelajar UTM.
Taman mini yang telah siapkan oleh para pelajar. 

  
AKTIVITI MENCERIAKAN PAPAN KENYATAAN


Pertandingan mewarna sedang dijalankan.

Kerja-kerja menggunting keratan kertas untuk diletak pada papan kenyataan.


Antara bahan yang sedia untuk ditampal.
Papan kenyataan yang telah disiapkan.

Hadiah cenderahati untuk aktiviti mewarna.



Case Study : Kes Buli

KES BULI

Buli merupakan isu yang tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia berikutan beberapa kes yang pernah mendapat perhatian media sebelum ini . Buli didefinisikan sebagai mempermain-mainkan seseorang dengan tujuan menggertak atau menakutkan mangsa buli. Gejala ini boleh terjadi dalam dua bentuk iaitu secara emosi atau secara fizikal dan biasanya melibatkan dua pihak iaitu pihak yang membuli serta pihak yang dibuli.

Terdapat beberapa kes buli yang mengakibatkan mangsa mengalami gangguan emosi yang teruk malah terdapat kes yang melibatkan kematian ini telah membuahkan kebimbangan dalam hati ibu bapa, pihak sekolah serta masyakat sendiri. Justeru, gejala ini tidak boleh dipandang enteng dan memerlukan solusi tertentu bagi mencegah kes ini daripada berulang. Sebelum mencari penyelesaian kepada masalah ini, kita perlu terlebih dahulu mengkaji dan memahami punca mengapa berlakunya gejala tersebut agar solusi terbaik dapat diperoleh.

STATISTIK KES BULI

LAPORAN KES BULI MENGIKUT NEGERI



Jadual di atas menunjukkan jumlah kes buli yang telah dilaporkan mengikut negeri dari tahun 2000 sehingga 2007. Kadar kes yang dilaporkan agak membimbangkan dan dilihat berubah-ubah mengikut tahun. Hal ini menunjukkan gejala ini perlu diambil serius dan dicegah supaya tidak menjadi lebih parah.


Indeks perlakuan buli sekolah dan tahap perlakuan buli di
kalanganan pelajar sekolah.



Jadual di atas pula menunjukkan indeks perlakuan buli berdasarkan peringkat persekolahan, lokasi sekolah dan jantina. Kesemua indeks yang diperoleh agak membimbangkan dan melibatkan kedua-dua jantina serta meliputi lokasi bandar dan juga luar bandar.

FAKTOR-FAKTOR GEJALA BULI

Antara faktor yang menyebabkan buli berlaku adalah disebabkan latar belakang hidup yang tidak stabil samada di rumah atau di sekolah. Pembuli dalam kelompok ini biasanya pernah mengalami peristiwa pahit yang mengakibatkan gangguan emosi dan tekanan kepada diri mereka. Seterusnya, tekanan ini akan menyebankan mereka tidak dapat mengawal emosi dan membuli bagi melepaskan tekanan.
Selain itu, buli juga terjadi akibat pengaruh rakan sebaya yang mempunyai sikap negatif. Lazimnya pembuli bersifat kurang matang dan mudah terikut-ikut dengan aktiviti rakan sebaya. Justeru, apabila mereka tersilap memilih rakan, mereka akan mudah terjebak dengan gejala yang tidak sihat seperti buli. Malah, keadaan akan menjadi lebih buruk sekiranya mereka pantang dicabar dan ego apabila dicabar dan diprovok oleh rakan-rakan.

Di samping itu, gejala ini juga berpunca daripada pengaruh media massa. Seperti yang diketahui umum, media massa pada masa kini banyak memaparkan budaya negatif dan bertentangan dengan norma kehidupan masyarakat Malaysia. Banyak aksi-aksi ganas serta bersifat di luar kemanusiaan disiarkan dalam cerita, drama dan filem pada hari ini. Maka, hal ini akan menyebabkan mereka terdorong untuk mencuba aksi tersbut tanpa memikirkan akibat perbuatan tersebut.

Tidak dapat dinafikan bahawa bahawa kurang didikan agama juga menjadi punca kepada berlakunya gejala buli pada hari ini. Kurangnya penerapan nilai-nilai murni dalam diri para pelajar menyebabkan mereka tidak dapat membezakan perkara baik dan buruk dalam kehidupan seharian. Kelemahan institusi kekeluargaan juga menyebabkan mereka kurang mendapat kasih sayang dan cenderung melakukan perbuatan yang tidak sihat.

Walaubagaimanapun, sebelum gejala ini terus menjadi barah dalam masyarakat, langkah-langkah pencegahan perlu segera diambil. Terdapat banyak langkah efektif yang boleh diambil dalam mencari jalan penyelesaian kepada gejala ini.

PERANAN NGO MENGATASI GEJALA BULI

NGO juga sebenarnya boleh menjadi agen dalam membantu mengatasi gejala buli dalam kalangan pelajar. Kebanyakan NGO akan turun terus kepada masyarakat bagi menyelami nasib masyarakat dari dekat dan akan sedaya upaya membantu menyelesaikan segala kesulitan yang wujud. Justeru, NGO dilihat mampu memberi impak yang lebih besar dalam menangani isu ini.

Badan-badan bukan kerajaan(NG0)perlu melaksanakan kempen-kempen seperti kempen pencegahan buli yang boleh menyedarkan masyarakat akan isu buli ini. Kempen ini dianjurkan dengan memberi tumpuan kepada ibu bapa dan pihak sekolah dan memberi pendedahan kepada mereka tentang isu buli agar mereka dapat mengenalpasti sama ada anak atau pelajar mereka telah menjadi mangsa buli atau pembuli. Golongan remaja merupakan kelompok yang banyak menjadi pembuli atau mangsa buli. Mereka perlu disedarkan agar tidak terjejak salah langkah dan bagi yang telah menjadi mangsa buli perlu disedarkan dan diberi semangat oleh badan-badan kerajaan dan NGO agar melaporkan kejadian buli kepada pihak berkenaan.

Langkah melaksanakan kempem tersebut boleh dibuat dengan menjalinkan kersama dengan Kadet Polis dan Kelab Pencegahan Jenayah Sekolah (KPJS). Selain itu, penglibatan kelab SLAD di sekolah juga sedikit sebanyak dapat membantu dalam menagani masalah ini secara tidak langsung. Tidak tertumpu kepada pasukan beruniform di sekolah sahaja, pihak NGO yang bergerak di luar sekolah juga boleh menjalankan peranan masing-masing secara langsung mahupun tidak langsung untuk mencegah gejala buli.

PANDANGAN TERHADAP GEJALA BULI

Setelah memahami apa itu buli dan mengkaji puncanya, saya mempunyai beberapa pandangan terhadap gejala buli. Pandangan dan pendapat saya ini adalah umum dan tidak menjurus kepada mana-mana individu serta kaum tertentu. Sebaliknya, ia hanyalah pandangan peribadi saya terhadap gejala yang membimbangkan ini.

Pada pendapat saya, para pelajar perlu pandai membawa diri sewaktu berada di sekolah khususnya bagi pelajar yang tinggal di asrama. Mereka harus bijak memilih rakan dan tidak mudah terpengaruh dengan mana-mana aktiviti yang tidak sihat. Malah, mereka perlu bersikap lebih tegas dan berkarisma dalam menyesuaikan diri supaya tidak dilihat lemah dan boleh dibuli.

Peranan ibu bapa dalam institusi kekeluargaan tidak boleh dinafikan dalam membantu mengatasi gejala ini. Ibu bapa perlu menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anal serta menekankan didikan agama dan moral. Ibu bapa juga sepatutnya memantau aktiviti anak-anak dan meluangkan masa untuk berkongsi cerita dan masalah dengan mereka. Justeru, anak-anak akan dapat belajar nilai-nilai murni dengan lebih awal bermula dari rumah serta dapat mengurangkan tekanan dengan berkongsi cerita dengan ibu bapa mereka.
Selain itu, saya mempunyai pandangan bahawa pihak sekolah patut bekerjasama secara terus dengan pihak berkuasa dalam menangani masalah ini. Hal ini kerana para pelajar biasanya tidak berani untuk menyuarakan masalah kepada pihak sekolah kerana bidang kuasa mereka yang terhad dalam isu ini namun akan lebih yakin dengan kuasa yang ada pada pihak tertentu.

Di samping itu, masyarakat juga perlu lebih peka dan prihatin dengan perkembangan generasi muda pada hari ini. Masyarakat perlu mempraktikkan budaya murni dan bermoral dalam kehidupan harian supaya tidak ada sebarang teladan buruk akan dipelajari oleh generasi muda. Malah, mereka tidak sepatutnya cepat melatah dan terus menghukum pelajar yang bermasalah ini namun sebaliknya perlu mengkaji terlebih dahulu punca mengapa mereka bertindak begitu. Seterusnya, ambillah langkah mendekati golongan ini dan bantu mereka menyelesaikan konflik diri di samping menerapkan nilai murni dalam diri anak muda.

Walaubagaimanapun, masih banyak aspek yang perlu diperhalusi dan diteliti dalam isu ini supaya langkah penyelesaian yang diambil akan mendapat keputusan yang maksimum.


PENUTUP

Konklusinya, setiap individu mempunyai tanggungjawab dan peranan masing-masing dalam menangani gejala buli. Malah, apa yang paling penting adalah sikap kerjasama dan prihatin harus disemai agar tidak ada pihak yang terlepas pandang isu ini. Justeru, demi mencapai kehidupan yang sejahtera, marilah sama-sama mendidik anak muda yang bakal menjadi generasi pelapis pemimpin Negara pada masa depan.